Broker Forex & CFD global anda

Kenali kami

Mencipta peluang pelaburan. Untuk semua.

Kami percaya semua individu mempunyai hak mengakses dan berdagang pasaran kewangan secara adil, cekap dan selamat. Bermula dengan kepercayaan inilah, yang memimpin kami kepada penubuhan Windsor Brokers pada tahun 1988.

30 tahun sudah berlalu, misi kami ialah memudahkan akses pelabur ke pasaran global dan melindungi dana mereka daripada keadaan pasaran yang melampau, serta daripada risiko yang dicetuskan oleh mereka sendiri.

Cara kami mengendalikan perkhidmatan ini dan akan terus berbuat demikian ialah, kami memperuntukkan rizab modal ketara, dengan menyediakan pelabur alatan dagangan yang mencukupi dan menjadi broker beretika perniagaan yang mantap serta memberi tumpuan sepenuhnya pada amalan dagangan adil dan dikawal selia, dan sudah tentu mempunyai tadbir urus korporat yang baik.

Banyak syarikat dalam landskap dagangan kewangan ini, datang dan pergi terutamanya dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Malah, sebahagian daripada bilangan syarikat yang terlibat ialah syarikat tersenarai awam dengan pangkalan pelanggan yang sangat besar. Dalam hampir kesemua kes tersebut, punca utama kejatuhan syarikat itu dapat dilihat kembali kepada kurang keberkesanan dan ketidakupayaan meletakkan kepentingan pelabur terlebih dahulu secara terus-menerus. Pemacu utama di belakang syarikat tersebut ialah keuntungan pantas, tanpa mengambil kira cara yang digunakan untuk mencapainya dan risiko yang terlibat.

Sebaliknya, kami berkembang secara perlahan-lahan dan semakin meningkat, mengembangkan pangkalan pelanggan global kami dengan melabur dalam teknologi dan modal insan, sentiasa berpegang teguh kepada prinsip pengasas kami: melindungi dana pelabur.

Kami tidak pernah berniat melanggar atau mengorbankan pematuhan terhadap undang-undang dan pengawalseliaan demi mengaut keuntungan. Matlamat utama kami ialah melindungi semua pelanggan kami, tidak kira besar ataupun kecil, daripada risiko, bahkan yang mungkin dicetuskan sendiri oleh mereka berpunca daripada keadaan dagangan yang tidak menentu dan berisiko.

Untuk tempoh 30 tahun yang akan datang, seperti yang telah diharungi selama 30 tahun yang lalu, kami kekal komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelabur yang meletakkan keselamatan, integriti dan keandalan di barisan hadapan matlamat pelaburan mereka.

…pohon zaitun terkenal dengan nilai simboliknya yang hebat; keabadian, kekuatan, ketahanan, keazaman, pembangunan semula dan pertumbuhan. Windsor mempunyai asas kukuh dengan akar yang mendalam. Kami berada di sini mahu bertahan dan berkembang untuk generasi akan datang, sama seperti pohon zaitun.
Johny AbuaitahCEO of Windsor Brokers Ltd